Notis Mesyuarat Agung Tahunan ke-41

Dengan hormatnya adalah saya diarah untuk memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Ke-41 (MAT Ke-41) Koperasi Guru-Guru Johor Berhad akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut:-

Hari
Ahad
Tarikh
21 Jun 2009
Pendaftaran
8.30 pagi hingga 10.30 pagi sahaja.
Tempat
Hotel Selesa, Jalan Dato’ Abdullah Tahir, Johor Bahru.

Koperasi akan memberi subsidi tambang kepada anggota yang hadir dan mendaftar berdasarkan slip pendaftaran yang dilampirkan. Sila kemukakan slip pendaftaran kepada urusetia sewaktu mendaftar. Pendaftaran melalui wakil adalah tidak sah dan tidak dibenarkan. Subsidi tambang dan makan tengahari tidak akan dibayar bagi kehadiran selepas penutupan kaunter pendaftaran.
Kadar subsidi tambang kehadiran MAT Ke-41 ialah seperti jadual di bawah ini;

Kawasan Kadar
Johor Bahru RM35.00
Kota Tinggi RM40.00
Mersing RM50.00
Kulai RM40.00
Kluang RM45.00
Batu Pahat RM50.00
Pontian RM40.00
Pengerang RM50.00
Endau RM55.00

Usul, cadangan atau pertanyaan jika ada, hendaklah dikemukakan dan sampai di pejabat koperasi sebelum atau selewat-lewatnya pada 13 Jun 2009. Usul, cadangan atau pertanyaan yang lewat tidak akan dilayan. Anggota yang membuat usul atau cadangan dan penyokongnya mestilah hadir semasa usul atau cadangan itu dibentangkan dalam MAT Ke-41.