Pinjaman 80 Peratus
Pinjaman ini adalah berdasarkan kepada 80% daripada jumlah modal caruman yuran terkumpul pemohon. Untuk pinjaman ini, penjamin tidak diperlukan.
Amaun maksima pinjaman yang boleh dipohon ialah sebanyak 80% daripada jumlah modal caruman yuran pemohon.
Peminjam dikehendaki membayar semula pinjaman dalam tempoh 60 bulan (5 tahun.)
Syarat & Kelayakan
Syarat-syarat kelayakan Pinjaman 80% adalah:
-
Pemohon ini mestilah anggota Koperasi Guru-Guru Johor Berhad.
-
Pemohon tidak dibenarkan memohon pinjaman ini bersekali dengan Pinjaman Biasa.
-
Koperasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu bulan modal caruman yuran daripada pemohon melalui melalui ANGKASA.
-
Tempoh pembayaran semula haruslah sebelum pemohon itu bersara.
-
Kelulusan pinjaman ini tertakluk kepada budibicara dan pertimbangan anggota lembaga koperasi. Keutamaan diberi kepada tujuan mustahak atau yang memberi manfaat.
Prosedur Permohonan
-
Dapatkan borang permohonan pinjaman daripada koperasi. Untuk anggota yang berada berjauhan dari tempat operasi koperasi, sila hubungi kami melalui telefon atau surat-menyurat dan borang permohonan pinjaman akan diposkan kepada anda.
-
Penuhkan borang permohonan tersebut dan sertakan bersama:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Penyata Gaji terkini pemohon dan penjamin, jika ada
- Dokumen-dokumen relevan seperti surat sokongan, dan sebagainya
-
Hantar borang permohonan yang lengkap dan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada setiausaha koperasi.
Permohonan yang lengkap boleh dihantar secara terus ke pejabat koperasi atau melalui pos. Tempoh proses dan kelulusan akan mengambil masa 1-2 minggu. Permohonan yang diluluskan akan diberitahu melalui telefon.
