Pinjaman Biasa

Pinjaman Biasa merupakan pinjaman utama yang dikeluarkan oleh Koperasi kepada Anggota-anggota yang mencarum dengan Koperasi ini.

Had maksima permohonan pinjaman ini ialah:

  • Enam (6) bulan gaji pokok peminjam dicampur dengan jumlah caruman yuran atau,
  • RM 15,000, mana yang lebih kurang.

Tempoh maksima pembayaran balik adalah 36 bulan (3 tahun.)

Syarat & Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan Pinjaman Biasa, sepertimana yang termaktub dalam Aturan Pinjaman ialah:

  1. Pemohon ini mestilah anggota Koperasi Guru-Guru Johor Berhad.

  2. Koperasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu bulan modal caruman yuran daripada pemohon melalui melalui ANGKASA.

  3. Permohonan pinjaman haruslah disertai tandatangan dua orang penjamin berkelayakan yang juga merupakan anggota Koperasi ini.

  4. Tempoh pembayaran semula haruslah sebelum pemohon itu bersara.

Prosedur Permohonan

  1. Dapatkan borang permohonan pinjaman daripada koperasi. Untuk anggota yang berada berjauhan dari tempat operasi koperasi, sila hubungi kami melalui telefon atau surat-menyurat dan borang permohonan pinjaman akan diposkan kepada anda.

  2. Penuhkan borang permohonan tersebut dan sertakan bersama:

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Salinan Penyata Gaji terkini pemohon dan penjamin, jika ada
    • Dokumen-dokumen relevan seperti surat sokongan, dan sebagainya
  3. Hantar borang permohonan yang lengkap dan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada setiausaha koperasi.

Permohonan yang lengkap boleh dihantar secara terus ke pejabat koperasi atau melalui pos. Tempoh proses dan kelulusan akan mengambil masa 1-2 minggu. Permohonan yang diluluskan akan diberitahu melalui telefon.