Pinjaman Darurat

Pinjaman ini diadakan khas untuk anggota yang sedang menanggung perbelanjaan perubatan bagi diri sendiri, isteri atau mereka yang di dalam tanggungannya, dan memerlukan wang dalam masa yang singkat. Pinjaman ini juga boleh dipertimbangkan untuk perbelanjaan mahkamah yang tidak dapat dielakkan.

Dua orang penjamin diperlukan untuk pinjaman ini.

Had maksima amaun yang boleh dipohon ialah sebulan gaji peminjam.

Syarat & Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan pinjaman ini tidak jauh bezanya dengan pinjaman-pinjaman lain iaitu:

  1. Pemohon ini mestilah anggota Koperasi Guru-Guru Johor Berhad.

  2. Koperasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu bulan modal caruman yuran daripada pemohon melalui melalui ANGKASA.

  3. Permohonan pinjaman haruslah disertai tandatangan dua orang penjamin yang juga merupakan anggota Koperasi ini.

  4. Tempoh pembayaran semula haruslah sebelum pemohon itu bersara, atau 12 bulan (1 tahun,) yang mana lebih singkat.

  5. Amaun pinjaman yang dipohon hendaklah berdasarkan kepada jumlah potongan satu perempat (1/4) daripada gaji bulanan seseorang anggota (termasuk bayaran yuran simpanan khas,
    insurans, pinjaman dan lain-lain bayaran yang sedia ada.)

Prosedur Permohonan

  1. Dapatkan borang permohonan pinjaman daripada koperasi. Untuk anggota yang berada berjauhan dari tempat operasi koperasi, sila hubungi kami melalui telefon atau surat-menyurat dan borang permohonan pinjaman akan diposkan kepada anda.

  2. Penuhkan borang permohonan tersebut dan sertakan bersama:

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Salinan Penyata Gaji terkini pemohon dan penjamin, jika ada
    • Dokumen-dokumen relevan seperti surat sokongan, dan sebagainya
  3. Hantar borang permohonan yang lengkap dan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada setiausaha koperasi.

Permohonan yang lengkap boleh dihantar secara terus ke pejabat koperasi atau melalui pos. Tempoh proses dan kelulusan akan mengambil masa 1-2 minggu. Permohonan yang diluluskan akan diberitahu melalui telefon.