Pinjaman Khas

Pinjaman ini dikeluarkan khas untuk peminjam yang mengikuti rombongan lawatan yang dianjurkan oleh Koperasi.

Dua orang penjamin diperlukan untuk pinjaman ini.

Had maksima amaun yang boleh dipohon ialah RM 1,000. Tempoh pembayaran semula pinjaman haruslah tidak lebih daripada 12 bulan (1 tahun.)

Syarat & Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan Pinjaman Khas adalah seperti berikut:

  1. Pemohon ini mestilah anggota Koperasi Guru-Guru Johor Berhad.

  2. Koperasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu bulan modal caruman yuran daripada pemohon melalui melalui ANGKASA.

  3. Permohonan pinjaman haruslah disertai tandatangan dua orang penjamin yang juga merupakan anggota Koperasi ini.

  4. Pemohon hendaklah menjelaskan terlebih dahulu baki bayaran pinjaman khas yang dibuat sebelum ini.

Prosedur Permohonan

  1. Dapatkan borang permohonan pinjaman daripada koperasi. Untuk anggota yang berada berjauhan dari tempat operasi koperasi, sila hubungi kami melalui telefon atau surat-menyurat dan borang permohonan pinjaman akan diposkan kepada anda.

  2. Penuhkan borang permohonan tersebut dan sertakan bersama:

    • Salinan Kad Pengenalan pemohon
    • Salinan Penyata Gaji terkini pemohon dan penjamin, jika ada
    • Dokumen-dokumen relevan seperti surat sokongan, dan sebagainya
  3. Hantar borang permohonan yang lengkap dan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada setiausaha koperasi.

Permohonan yang lengkap boleh dihantar secara terus ke pejabat koperasi atau melalui pos. Tempoh proses dan kelulusan akan mengambil masa 1-2 minggu. Permohonan yang diluluskan akan diberitahu melalui telefon.