Pinjaman Niaga Bekal
Untuk pembelian sesetengah barangan, koperasi ada menyediakan skim pembayaran semula melalui pinjaman. setelah mengenal pasti barangan yang hendak dibeli dan jumlah harga yang telah dipersetujui oleh anggota dan pembekal.
Pinjaman ini memerlukan dua orang penjamin.
Kadar faedah yang dikenakan ialah sebanyak 6% setahun. Manakala tempoh pembayaran semula pinjaman dihadkan pada 36 bulan (3 tahun.)
Syarat & Kelayakan
-
Pemohon ini mestilah anggota Koperasi Guru-Guru Johor Berhad.
-
Koperasi sudah menerima sekurang-kurangnya satu bulan modal caruman yuran daripada pemohon melalui melalui ANGKASA.
-
Permohonan pinjaman haruslah disertai tandatangan dua orang penjamin yang juga merupakan anggota Koperasi ini.
-
Amaun yang dipohon tidak boleh melebihi jumlah gaji pemohon selama 6 bulan atau RM 15,000.
-
Pemohon tidak dibenarkan membuat lebih daripada 4 jenis pinjaman dalam satu masa.
Prosedur Permohonan
-
Dapatkan borang permohonan pinjaman daripada koperasi. Untuk anggota yang berada berjauhan dari tempat operasi koperasi, sila hubungi kami melalui telefon atau surat-menyurat dan borang permohonan pinjaman akan diposkan kepada anda.
-
Penuhkan borang permohonan tersebut dan sertakan bersama:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon
- Salinan Penyata Gaji terkini pemohon dan penjamin, jika ada
- Dokumen-dokumen relevan seperti surat sokongan, dan sebagainya
-
Hantar borang permohonan yang lengkap dan dokumen-dokumen yang berkaitan kepada setiausaha koperasi.
Permohonan yang lengkap boleh dihantar secara terus ke pejabat koperasi atau melalui pos. Tempoh proses dan kelulusan akan mengambil masa 1-2 minggu. Permohonan yang diluluskan akan diberitahu melalui telefon.
