Bahagian 1: Permulaan
1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa
-
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Koperasi, 1993.
-
Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh
Menteri melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, dan Menteri boleh
menetapkan tarikh yang berlainan bagi mula berkuatkuasanya Akta ini di
bahagian-bahagian yang berlainan di Malaysia atau bagi mula berkuatkuasanya
peruntukan-peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.
2. Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain:
- anggota
-
termasuklah seseorang atau sesuatu koperasi berdaftar yang turut sama dalam
permohonan pendaftaran sesuatu koperasi, dan seseorang atau sesuatu koperasi
berdaftar yang diterima menjadi anggota mengikut peraturan-peraturan dan
undang-undang kecil selepas pendaftaran. - deposit
-
ertinya wang yang didepositkan oleh mana-mana orang dengan sesuatu koperasi
berdaftar dalam suatu akaun tetap atau akaun tabungan atau akaun deposit yang lain
tetapi tidak termasuk syer atau yuran atau simpanan khas. - dividen
-
ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan di
kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar modal syer atau modal yuran yang
dipegang oleh mereka. - kesalahan boleh daftar
-
ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran
Penjenayah-penjenayah dan Orang-orang Tak Diingini 1969 sebagaimana yang
dinyatakan dalam Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu. - Ketua Pendaftar
-
ertinya Ketua Pendaftar Koperasi yang dilantik di bawah seksyen 3.
- koperasi asas
-
ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen 4(1).
- koperasi atasan
-
ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen 4(3).
- koperasi berdaftar
-
ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.
- koperasi menengah
-
ertinya koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen 4(2).
- Lembaga
-
ertinya badan pengelola sesuatu koperasi berdaftar yang kepadanya pengurusan
hal-ehwal koperasi itu diamanahkan. - mesyuarat agung permulaan
-
ertinya mesyuarat agung yang padanya orang-orang yang berhasrat hendak menubuhkan
suatu koperasi membuat ketetapan untuk menubuhkan koperasi itu, untuk menerima-pakai
undang-undang kecil yang dicadangkan bagi koperasi itu dan untuk memohon supaya
koperasi itu didaftarkan. - pegawai
-
ertinya pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain sesuatu Lembaga dan
termasuklah mana-mana orang lain yang diberikuasa oleh peraturan-peraturan atau undang-undang
kecil untuk memberikan arahan-arahan berkenaan dengan urusan koperasi berdaftar itu. - peraturan
-
ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.
- perlantikan
-
termasuklah apa-apa perlantikan atau perlantikan semula melalui pemilihan.
- perniagaan pembiayaan
-
ertinya perniagaan penerimaan deposit dan,
-
pemberian pinjaman atau pemberian apa-apa kemudahan kredit lain atau.
-
pemberian pinjaman dan pemberian apa-apa kemudahan kredit lain.
-
- perwakilan
-
ertinya-
-
wakil anggota-anggota individu, yang dipilih di mesyuarat peringkat wilayah anggota-anggota
sesuatu koperasi asas yang mesyuarat agung anggotanya digantikan dengan mesyuarat agung perwakilan, atau. -
wakil sesuatu koperasi berdaftar yang ialah anggota suatu koperasi berdaftar yang lain yang mesyuarat-mesyuaratnya
wakil itu telah dipilih atau dilantik untuk menghadirinya.
-
- potongan langganan
-
ertinya bahagian keuntungan sesuatu koperasi berdaftar yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar
banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan koperasi itu dan yang daripadanya keuntungan koperasi itu diperoleh. - prinsip-prinsip koperasi
-
termasuklah-
-
keanggotaan sukarela dan terbuka.
-
pengurusan yang demokratik.
-
pulangan terhad atas modal yang disumbangkan oleh anggota-anggota.
-
pembahagian keuntungan dengan saksama.
-
penggalakan pendidikan koperasi, dan.
-
kerjasama aktif di kalangan koperasi-koperasi berdaftar.
-
- sabitan
-
termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan.
- simpanan khas
-
ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan sesuatu koperasi
berdaftar dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud
yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah peraturan-peraturan. - subsidiari
-
sesuatu koperasi berdaftar ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan
dalam Akta Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh
kuasa mengundinya dikawal oleh koperasi berdaftar itu, atau yang lebih daripada separuh
modal syer diterbitkannya dipegang oleh koperasi berdaftar itu, dan termasuklah sesuatu
subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu. - syer
-
ertinya bahagian dalam modal syer sesuatu koperasi berdaftar yang disumbangkan oleh
seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam koperasi berdaftar itu. - undang-undang kecil
-
ertinya undang-undang kecil berdaftar yang dibuat oleh sesuatu koperasi berdaftar
pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta ini, dan termasuklah sesuatu
pindaan berdaftar undang-undang kecil itu. - wang berlebihan
-
ertinya wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh sesuatu koperasi berdaftar
bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan
atau dilaburkan di luar koperasi itu tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu. - yuran
-
ertinya jumlah wang yang disumbangkan pada lat-lat masa yang tetap oleh seseorang
anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam sesuatu koperasi berdaftar dan yang boleh
dikeluarkan apabila tamat keanggotaannya.
3. Ketua Pendaftar dan Pendaftar-Pendaftar
-
Yang di-Pertuan Agong boleh melantik seseorang untuk menjadi Ketua Pendaftar
Koperasi bagi Malaysia. -
Ketua Pendaftar boleh melantik sekian bilangan pegawai awam sebagaimana
yang perlu untuk menjadi Pendaftar untuk membantunya dan Pendaftar-Pendaftar itu
hendaklah, tertakluk kepada kawalan Ketua Pendaftar, mempunyai segala kuasa dan
fungsi Ketua Pendaftar kecuali kuasa dan fungsi yang dinyatakan dalam seksyen
65, 69, 71, 71A, 71B,
71C, 72, 92 dan 93. -
Fungsi-fungsi Ketua Pendaftar ialah-
-
mendaftarkan dan membatalkan pendaftaran koperasi-koperasi dan memastikan bahawa
koperasi-koperasi berfungsi mengikut peruntukan-peruntukan Akta ini. -
menasihati Menteri tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan koperasi.
-
menggalakkan dan meningkatkan penubuhan dan pembangunan koperasi dalam semua sektor
ekonomi dan membantu koperasi-koperasi meningkatkan kecekapannya.
-
-
Sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa, kewajipan-kewajipan dan fungsi-fungsi yang
diberikan kepada Ketua Pendaftar oleh Akta ini dan peraturan-peraturan, Ketua Pendaftar
hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan segala kuasa, menunaikan segala kewajipan dan
melaksanakan segala fungsi yang perlu bagi maksud memberikan kuatkuasa kepada dan
melaksanakan peruntukan-peruntukan Akta ini. -
Orang yang sedang menjalankan kewajipan-kewajipan Ketua Pendaftar dan pengganti-penggantinya
dalam jawatan hendaklah menjadi suatu pertubuhan perbadanan dengan nama "Ketua Pendaftar Koperasi,
Malaysia" (dalam seksyen ini disebut "perbadanan itu"), yang hendaklah kekal turun-temurun dan
mempunyai meterai perbadanan dan yang boleh--
membuat kontrak dan mendakwa dan didakwa dengan namanya yang tersebut itu.
-
memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati segala jenis harta alih dan tak alih, dan.
-
menjual, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik dan memulangkan, menggadai-janji, menggadaikan,
mendemis, menyerahhakkan semula, memindahkan atau selainnya melupuskan apa-apa harta alih dan tak alih yang
terletakhak pada perbadanan itu atas apa-apa terma yang difikirkan patut oleh perbadanan itu.
-
-
Meterai perbadanan bagi perbadanan itu boleh, dari semasa ke sernasa, dipecahkan, ditukar, diubah dan dibuat baru
sebagaimana yang difikirkan patut oleh perbadanan itu, dan sehingga suatu meterai diadakan di bawah seksyen ini suatu
cap yang mengandungi tulisan "Ketua Pendaftar Koperasi, Malaysia" boleh digunakan sebagai meterai perbadanan. -
Segala suratikatan, dokumen dan suratcara lain yang memerlukan meterai perbadanan itu hendaklah dimeteraikan dengan
meterai perbadanan di hadapan pegawai yang sedang menjalankan kewajipan- kewajipan Ketua Pendaftar dan Ketua Pendaftar
hendaklah menandatangani tiap-tiap suratikatan, dokumen atau suratcara lain sedemikian yang padanya meterai perbadanan
telah dicapkan, dan penandatanganan sedemikian hendaklah menjadi keterangan yang mencukupi bahawa meterai itu telah
dicapkan dengan sewajarnya dan sepatutnya dan bahawa meterai itu ialah meterai sah bagi perbadanan itu. -
Perbadanan hendaklah menyenggara rekod-rekod dan akaun-akaun yang sepatutnya berkenaan dengan transaksi-transaksinya
dan akaun-akaun itu hendaklah diaudit setiap tahun oleh Ketua Audit Negara.
