Bahagian 2: Pendaftaran
4. Koperasi-koperasi yang boleh didaftarkan
-
Sesuatu pertubuhan yang terdiri daripada orang-orang individu sahaja dan yang matlamatnya ialah untuk meningkatkan kepentingan
ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi asas. -
Sesuatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi-koperasi asas sahaja dan yang matlamatnya ialah untuk memudahkan operasi
koperasi-koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi menengah. -
Sesuatu pertubuhan yang terdiri daripada koperasi-koperasi menengah sahaja atau koperasi-koperasi menengah dan asas dan yang
matlamatnya ialah untuk memudahkan operasi koperasi-koperasi sedemikian boleh didaftarkan di bawah Akta ini sebagai suatu koperasi atasan.
5. Syarat-syarat bagi pendaftaran
-
Tertakluk kepada seksyen 8, tiada koperasi boleh didaftarkan sebagai koperasi asas melainkan jika-
-
ia terdiri daripada sekurang-kurangnya satu ratus orang individu, dan.
-
setiap orang individu sedemikian layak di bawah seksyen 26 untuk menjadi
anggota dan tidak hilang kelayakan di bawah seksyen 27 untuk menjadi anggota.
-
-
Tiada koperasi boleh didaftarkan koperasi menengah melainkan jika ia terdiri daripada sekurang-kurangnya dua koperasi asas.
-
Tiada koperasi boleh didaftarkan koperasi atasan melainkan jika ia terdiri daripada sekurang-kurangnya dua koperasi menengah.
6. Permohonan Pendaftaran
-
Tiap-tiap permohonan pendaftaran hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar dalam
borang yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan dan hendaklah ditandatangani--
dalam hal koperasi asas, oleh sekurang-kurangnya sepuluh orang yang semuanya layak menjadi anggota.
-
dalam hal koperasi menengah atau koperasi atasan, oleh seorang yang diberikuasa sewajarnya bagi pihak setiap
koperasi asas atau koperasi menengah, mengikut mana-mana yang berkenaan.
-
-
Permohonan pendaftaran hendaklah disertakan dengan-
-
salinan-salinan undang-undang kecil yang dicadangkan, yang ditandatangani oleh pemohon-pemohon, dan.
-
tertakluk kepada subseksyen 8(2), minit mesyuarat agung permulaan, yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya lima puluh orang yang hadir.
-
7. Pendaftaran
-
Ketua Pendaftar boleh, tertakluk kepada peraturan-peraturan dan apabila diterima fee yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan,
mendaftarkan sesuatu koperasi dan undang-undang kecilnya. -
Tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah dengan liabiliti terhad.
-
Jika Ketua Pendaftar enggan mendaftarkan sesuatu koperasi, rayuan boleh dibuat kepada Menteri terhadap keengganan itu dalam masa dua bulan dari tarikh keengganan itu.
-
Perkataan "Koperasi" hendaklah menjadi sebahagian daripada nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.
-
Perkataan "Berhad" hendaklah menjadi perkataan terakhir dalam nama tiap-tiap koperasi yang didaftarkan di bawah Akta ini.
8. Peruntukan khas bagi koperasi-koperasi tertentu
-
Walau apa pun subseksyen 5(1), jika sesuatu koperasi tak dapat memenuhi syarat yang dinyatakan dalam perenggan 5(1)(a) tetapi berhak
selainnya untuk didaftarkan di bawah seksyen 7, Ketua Pendaftar boleh, selepas mengambil kira bilangan orang dalam kawasan operasi
yang dicadangkan bagi koperasi itu yang layak menjadi anggota dan jenis aktiviti-aktiviti yang dicadangkan bagi koperasi itu, dan
jika koperasi itu terdiri daripada sekurang-kurangnya dua puluh orang, mendaftarkan koperasi itu sebagai koperasi asas di bawah Akta ini. -
Walau apa pun perenggan 6(2)(b), permohonan bagi pendaftaran sesuatu koperasi yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah disertakan dengan minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani
oleh semua orang yang hadir.
9. Koperasi hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan
Pendaftaran sesuatu koperasi hendaklah menjadikannya suatu pertubuhan perbadanan, dengan nama yang di bawahnya ia didaftarkan, yang kekal turun-temurun
dan mempunyai meterai biasa, dan dengan kuasa untuk memegang segala jenis harta alih dan harta tak alih, membuat kontrak, memulakan dan membela guaman-guaman
dan prosiding undang-undang yang lain dan membuat segala benda yang perlu bagi maksud-maksud yang baginya ia ditubuhkan.
10. Keterangan pendaftaran
Perakuan pendaftaran yang ditandatangani oleh Ketua Pendaftar hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa koperasi yang tersebut di dalamnya telah didaftarkan dengan sewajarnya, melainkan jika dibuktikan
bahawa pendaftaran koperasi itu telah dibatalkan.
