Aturan 2: Aturan Pinjaman

1. Tujuan Undang-Undang Kecil Koperasi Mengadakan Skim Pinjaman

Bagi Tujuan Undang-Undang Kecil 8(1)(a) Koperasi Mengadakan Skim Pinjaman-Pinjaman seperti dibawah:

  1. Pinjaman Biasa

  2. Pinjaman 80%

  3. Pinjaman Darurat

  4. Pinjaman Khas

  5. Pinjaman Niaga Bekal

2. Asas Kelayakan Pinjaman

Asas Kelayakan Pinjaman ini ialah:

  1. * Koperasi telah menerima sekurang-kurangnya satu (1) bulan yuran modal sipeminjam daripada ANGKASA.

  2. Berdasarkan kepada jumlah potongan satu perempat (1/4) daripada gaji bulanan seseorang anggota (termasuk bayaran yuran simpanan khas, insuran, pinjaman dan Iain-lain bayaran yang sedia ada).

  3. Telah terlebih dahulu menjelaskan baki bayaran pinjaman yang ada, yang sejenis atau setaraf dengan pinjaman yang dipohon.

  4. Tidak membuat pinjaman serentak antara jenis (a) dan jenis (b).

  5. * Tidak membuat lebih daripada empat (4) jenis pinjaman.

  6. Telah berumur lebih daripada 18 tahun.

  7. Tempoh ansuran pinjaman itu boleh selesai sebelum tarikh persaraan peminjam.

* Pindaan yang diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-29 pada 29 Jun 1997.

3. Permohonan Pinjaman

Sebarang anggota yang berhajat meminjam hendaklah membuat permohonannya kepada Setiausaha Koperasi dengan mengisi Borang Permohonan Pinjaman yang disediakan oleh Koperasi. Jika dikehendaki, hendaklah ia hadir pada mesyuarat Lembaga
Koperasi yang permohonannya itu sedang dipertimbangkan dan hendaklah ia sedia menjawab segala pertanyaan berkenaan dengan permohonan pinjamannya itu.

4. Jawatankuasa Kecil Pinjaman

  1. Lembaga Koperasi berkuasa melantik satu Jawatankuasa Kecil diantara mereka yang terdiri daripada tiga (3) orang iaitu Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari.

  2. Jawatankuasa Kecil Pinjaman ini diberi kuasa untuk menyemak, menimbangkan dan meluluskan atau menolak permohonan pinjaman anggota. Pinjaman-pinjaman yang diluluskan oleh jawatankuasa ini akan dibentangkan dalam mesyuarat
    lembaga Koperasi untuk disahkan.

5. Had Pinjaman

Had pinjaman adalah bergantung Kepada jenis pinjaman yang dipohon dan tertakluk kepada Asas Kelayakan (ATURAN 2 - 2 b) dan tidak melebihi enam (6) bulan gaji atau lima belas ribu Ringgit Malaysia (RM15,000.00) mana yang kurang.

6. Bayaran Balik Pinjaman

  1. Jumlah pinjaman serta dengan bayaran pengurusannya hendaklah dibayar balik secara beransur-ansur di dalam tempoh mengikut jenis pinjaman yang dibuat.

    Pinjaman
    Tempoh Bayaran Balik

    Biasa
    36 bulan

    80%
    36 bulan

    Niaga Bekal
    36 bulan

    Darurat
    12 bulan

    Khas
    12 bulan

  2. Peminjam boleh juga membayar semua atau sebahagian danpada pinjamannya itu pada bila-bila masa sebelum tamat tempohnya dengan menolak nilai pengurusan pinjaman yang terlibat.

7. Melanjutkan Tempoh Bayaran Balik Pinjaman

Dengan sebab-sebab yang sangat munasabah, Lembaga Koperasi bolehlah membenarkan tangguhan atau melanjutkan tempoh bayaran balik ansuran pinjaman dengan syarat, kelulusan tersebut diberi setelah
mendapat persetujuan bertulis dari penjamin atau penjamin-penjaminnya.

8. Cagaran-Cagaran dan Penjamin-Penjamin

Pinjaman-pinjaman itu akan diberi kepada anggota-anggota Koperasi ini hanya di atas jaminan dari peminjam itu sendiri DAN:

  1. Dengan ada cagaran 80% daripada jumlah yuran modal anggota itu di dalam Koperasi ini, atau

  2. Dengan ada dua (2) atau lebih penjamin yang berkelayakan dari anggota Koperasi ini juga, atau

  3. Dengan tidak lebih daripada 80% daripada jumlah modal anggota ini di dalam Koperasi ini, boleh juga diterima menjadi cagaran:

    1. Harta tidak alih yang tidak telibat dengan hutang atau cagaran lain yang dimiliki oleh peminjam berharga sekurang-kurangnya dua (2) kali ganda daripada jumlah pinjaman yang dipohon itu, atau

    2. Sijil lnsuran Nyawa (polisi insuran) peminjam itu yang dibenarkan oleh Lembaga Koperasi sekadar sebanyak nilaian yang dibenarkan oleh Syarikat Insurans berkenaan pada tarikh pinjaman dibuat.

9. Kelayakan Penjamin

  1. Jumlah jaminannya adalah berdasarkan jumlah sembilan (9) bulan gaji pokoknya setelah ditolak pinjamannya sendiri dan jaminan atau jaminan-jaminan yang telah dibuatnya.

  2. Jika dua (2) penjamin yang mula-mula tidak cukup kelayakannya hendaklah ditambah dengan penjamin atau penjamin-penjamin lain sehingga cukup kelayakan bagi menjamin sesuatu pinjaman.

10. Ganti Jaminan

  1. Manakala seseorang penjamin itu mati atau berhenti menjadi anggota Koperasi ini atau hilang kelayakan menjadi anggota, Lembaga Koperasi wajib meminta peminjam mengadakan penjamin baru sebagai pengganti.

  2. Kegagalan peminjam mengadakan ganti penjamin, maka Lembaga Koperasi hendaklah menuntut balik pinjaman itu dengan serta merta.

11. Bayaran Pinjaman Yang Dikeluarkan

Pinjaman itu hendaklah dikeluarkan bayarannya hanya setelah:

  1. Bon pinjaman ditandatangani dengan sempurna.

  2. Bagi pinjaman yang bercagar dengan harta tidak alih, hendaklah telah didaftarkan.

  3. Bagi pinjaman yang bercagar Polisi lnsuran, hendaklah telah ditukar polisinya kepada Koperasi.

  4. Perbelanjaan kerana profesional fee (b) dan (c) telah disempurnakan oleh peminjam.

12. Bayaran Pengurusan dan Had Pinjaman

Bayaran kerana pengurusan/perkhidmatan di atas jumlah pinjaman akan dikenakan berdasarkan jadual yang ditetapkan dibawah ini:

Pinjaman
Tempoh Bayaran Balik (Bulan)
Jumlah Bayaran (RM)

RM 100.00
12 bulan
RM 6.00

RM 200.00
12 bulan
RM 12.00

RM 300.00
12 bulan
RM 18.00

RM 400.00
12 bulan
RM 24.00

RM 500.00
12 bulan
RM 30.00

RM 600.00
12 bulan
RM 36.00

RM 700.00
12 bulan
RM 42.00

RM 800.00
12 bulan
RM 48.00

RM 900.00
12 bulan
RM 54.00

RM 1,000.00
12 bulan
RM 60.00

RM 1,000.00
36 bulan
RM 180.00

RM 2,000.00
36 bulan
RM 360.00

RM 2,500.00
36 bulan
RM 450.00

RM 3,000.00
36 bulan
RM 540.00

RM 4,000.00
36 bulan
RM 720.00

RM 5,000.00
36 bulan
RM 900.00

RM 6,000.00
36 bulan
RM 1,080.00

RM 7,000.00
36 bulan
RM 1,260.00

RM 8,000.00
36 bulan
RM 1,440.00

RM 9,000.00
36 bulan
RM 1,620.00

RM 10,000.00
36 bulan
RM 1,800.00

RM 11,000.00
36 bulan
RM 1,980.00

RM 12,000.00
36 bulan
RM 2,160.00

13. Kelayakan Sebab-Sebab Pinjaman

  1. Sebab-sebab sesuatu pinjaman itu dipertimbangkan hendaklah semata-mata bagi tujuan yang bermanafaat dan yang mustahak bagi peminjam.

  2. Tidaklah diberi pinjaman-pinjaman itu kerana:

    1. Hendak berniaga,

    2. Hendak bersuka-suka, atau

    3. Sebarang kegunaan yang difikirkan oleh Lembaga Koperasi tidak mendatangkan kebajikan kepada peminjam.

  3. Pinjaman hendaklah diberi dengan tujuan:

    1. Membuat rumah atau membeli tanah dan/atau rumah bagi penggunaan peminjam,

    2. Bagi pelajaran anak-anak atau tanggungannya,

    3. Menjelaskan hutang-hutang yang dibuat sebelum masuk menjadi anggota Koperasi ini kecuali anggota yang masuk semula menjadi anggota,

    4. Belanja perubatan bagi diri peminjam atau isteri atau mereka yang di dalam tanggungan peliharaannya,

    5. Perbelanjaan mahkamah yang tidak dapat dielakkan,

    6. Perbelanjaan nikah kahwin atau kematian atau seumpamanya yang ada hubung kait dengan tanggungan peminjam,

    7. Hal-hal ugama yang wajib, atau

    8. Lain-lain kegunaan yang difikirkan munasabah oleh Lembaga Koperasi.

14. Huraian Jenis-Jenis Pinjaman

  1. Pinjaman Biasa:

    1. Pinjaman ini berkehendakkan sekurang-kurangnya dua (2) penjamin.

    2. Setinggi-tinggi pinjamin yang dibenarkan ialah enam (6) bulan gaji pokok peminjam dicampur dengan jumlah yuran modal atau Ringgit Malaysia Dua Belas Ribu
      (RM 12,000.00) mana yang kurang.

    3. Dikehendaki dibayar balik daiam tempoh 60 bulan atau kurang dengan persetujuan peminjam.

  2. Pinjaman 80%:

    1. Pinjaman ini berdasarkan kepada 80% daripada jumlah yuran modal peminjam yang terkumpul.

    2. Penjamin tidak diperlukan.

    3. Setinggi-tinggi pinjaman yang boleh dikeluarkan ialah sebanyak 80% daripada jumlah yuran modal peminjam yang terkumpul.

    4. Dikehendaki dibayar balik dalam tempoh 60 bulan atau kurang dengan persetujuan peminjam.

  3. Pinjaman Darurat:

    1. Pinjaman ini dikeluarkan kerana tujuan perbelanjaan perubatan bagi diri peminjam atau isteri atau mereka yang di dalam tanggungannya.

    2. Dikehendaki mengadakan dua (2) penjamin.

    3. Setinggi-tinggi pinjaman yang boleh diberi ialah sebanyak satu (1) bulan gaji peminjam.

    4. Dikehendaki dibayar balik dalam tempoh 12 bulan.

  4. Pinjaman Khas:

    1. Pinjaman ini dikeluarkan khas kerana peminjam mengikuti rombongan lawatan yang dianjurkan oleh Koperasi.

    2. Dikehendaki mengadakan dua (2) penjamin.

    3. Setinggi-tinggi pinjaman yang boleh diberi ialah sebanyak Ringgit Malaysia Seribu (RM 1,000.00).

    4. Dikehendaki dibayar balik dalam tempoh 12 bulan.

  5. Pinjaman Skim Niaga Bekal

    1. Anggota boleh memohon dengan mengisi borang khas setelah mengenal pasti barangan dan jumlah harga yang telah dipersetujui oleh anggota dan pembekal.

    2. Digalakkan anggota membeli dengan pembekal yang dilantik oleh Koperasi.

    3. Menyediakan dua (2) orang penjamin.

    4. Keseluruhan pinjaman tidak melebihi jumlah enam (6) bulan gaji.

    5. Bayaran balik ialah selama 36 bulan atau kurang dengan persetujuan anggota.

Diakui Aturan 2 ini telah dibentang, dibincang dan diterima dalam Mesyuarat Agung Khas Koperasi Guru-Guru Johor Berhad pada 17 Disember 1995.