Aturan 3: Aturan Khas daripada Anggota

1. Membuka Simpanan Khas

Seseorang anggota boleh membuat Simpanan Khas kepada Koperasi dengan memberi pengakuan di dalam suatu borang PERMOHONAN MENYIMPAN WANG SIMPANAN KHAS yang disediakan oleh Koperasi.

2. Tujuan Simpanan Khas

Simpanan Khas ini dibuka di atas cadangan bagi tujuan dalam sebarang perkara yang disebutkan di bawah ini:-

  1. Belanja kerana kesakitan/kematian.

  2. Belanja kerana pendidikan.

  3. Belanja kerana perkahwinan.

  4. Belanja kerana membaiki rumah sendiri.

  5. Belanja kerana urusan tanah sendiri.

  6. Belanja kerana lawatan dan ziarah.

  7. Belanja kerana Premium lnsuran.

3. Sekurang-Kurangnya Simpanan Khas Bulanan

Anggota boleh menyimpan sekurang-kurangnya sepuluh Ringgit Malaysia sebulan bagi tiap-tiap satu tujuan yang dinyatakan di atas, tetapi tidak kurang dari dua (2) jenis simpanan dan tidak ada
sekatan maksima.

4. Kuasa Membuat Potongan Gaji

Penyimpan hendaklah memberi kuasa kepada Ketua Pejabat/ Pengetua/ Guru Besar untuk membenarkan dibuat potongan dari gaji bulanannya bagi tujuan ini.

5. Perubahan Jumlah Caruman

Jumlah caruman ini tidak boleh dikurang atau ditambah lebih daripada satu kali dalam setahun.

6. Keuntungan

Keuntungan di atas Wang Simpanan Khas ini akan dibayar oleh Koperasi tidak boleh lebih tiga peratus (3%) pada setahun, dikira mengikut akhir tahun kewangan iaitu pada tiap-tiap 31 Disember
di atas jumlah baki pada tarikh berkenaan. Keuntungan tidak dibayar tunai tetapi akan dijumlahkan ke dalam kira-kira Wang Simpanan Khas masing-masing.

7. Mengambil Balik Wang Simpanan Khas

Wang Simpanan Khas ini bolehlah diambil balik selepas tiap-tiap enam (6) bulan penyimpanannya dan berbaki satu (1) bulan simpanan. Apabila berlaku atau menjadi sebab-sebab yang dihajatkan bagi
tujuan Simpanan Khas ini dibuka atau apabila berhenti atau hilang kelayakan daripada menjadi anggota Koperasi ini bolehlah diambil sepenuhnya.

8. Notis Mengambil Balik Wang Simpanan Khas

Satu notis bertulis hendaklah diberi kepada Koperasi lazimnya dalam tempoh tiga (3) bulan bagi tujuan mengambil balik Wang Simpanan Khas itu. Walaubagaimanapun Lembaga Koperasi bolehlah mengikut
pertimbangannya menerima notis yang lebih pendek dari itu.