Aturan 4: Wang Khairat/Kebajikan

  1. Rujukan: Undang-undang Kecil 63.(2)

  2. Selepas pengagihan mengikut fasal (1) Undang-undang Kecil ini, dan peruntukan cukai pendapatan jika ada, baki untung bersih teraudit, termasuk baki keuntungan yang belum dibahagi-bahagikan menurut
    subseksyen 57(5)
    Akta bolehlah digunakan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

    1. Peruntukan sebanyak tidak lebih sepuluh peratus daripada untung bersih teraudit bagi apa-apa maksud kebajikan yang diluluskan oleh mesyuarat agung.

  3. Dari Rujukan di atas, kumpulan wang ini akan dibahagikan kepada tiga (3) kumpulan wang kebajikan:

    1. Bantuan Khairat Kebajikan Kematian Anggota.

    2. Bantuan Derma Kebajikan Pelajaran.

    3. Derma Kebajikan Anggota Terlama, dan

    4. Lain-lain perkara kebajikan kepada anggota yang difikirkan munasabah oleh Lembaga.

  4. Khairat/Kebajikan ini akan diuruskan oleh suatu Jawatankuasa Kecil Khairat/Kebajikan terdiri daripada seorang Pengerusi dan tiga (3) anggota Jawatankuasa.

1. Bantuan Khairat/Kebajikan Kematian Anggota

  1. Seorang anggota yang mati, keluarganya yang terdekat sekali berhak diberi Bantuan Khairat Kebajikan kerana kematian sebanyak RM500.OO (Ringgit Malaysia Lima Ratus).

  2. Keluarga tersebut hendaklah memaklumkan secara bertulis kepada Koperasi mengenai kematian anggota tersebut.

  3. Koperasi akan mengirimkan Borang BKKKA bagi dipenuhi oleh keluarga tersebut dengan lengkap dan sempurna dan menyerahkannya balik kepada Koperasi bersama-sama salinan Sijil Kematian anggota tersebut yang telah disahkan
    oleh seorang Pengetua atau Guru Besar atau Ketua Pejabat.

  4. Selepas itu barulah tindakan pembayaran dibuat oleh Koperasi.

2. Bantuan Derma Kebajikan Pelajaran

  1. Kelayakan:

    1. Pemohon telah disahkan menjadi anggota Koperasi ini selama lima (5) tahun terus menerus pada hari pertama peperiksaan yang terlibat itu diambil:

    2. Permohonan boleh dibuat bagi diri anggota sendiri atau anak anggota.

    3. Permohonan hanya ditimbangkan bagi peperiksaan yang diambil dari 1 Januari hingga 31 Disember tahun berkenaan yang dimaksudkan oleh Undang-undang Kecil 63 sahaja, dan

    4. Permohonan diterima sebelum tarikh tutup pada 30 April tahun berikutnya.

  2. Kelulusan Peperiksaan Yang Dipertimbangkan Bagi Diberi Bantuan Derma Kebajikan Pelajaran adalah seperti dinyatakan di bawah ini :-

    Kumpulan
    Jenis
    Syarat Kelulusan

    A
    LULUS TAHUN PERTAMA bagi Kursus Ijazah (Semester 02)
    Mendapat akuan Pendaftaran institusi-institusi berkenaan untuk melanjutkan pelajaran ke tahun kedua

    Hafaz seluruh Al-Quran 30 Juzu' dengan surat pengakuan dari lnstitusi berkenaan

    B
    LULUS TAHUN PERTAMA bagi Kursus Diploma (Semester 02)
    Mendapat akuan Pendaftaran institusi-institusi berkenaan untuk melanjutkan pelajaran ke tahun kedua

    Hafaz Al-Quran 20 Juzu' yang pertama dengan surat pengakuan dari lnstitusi berkenaan

    C (Sijil Penuh)
    LULUS SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA (STPM) dalam SATU peperiksaan
    Samada:

    1. Lulus sekurang-kurangnya TIGA atas Gred E DAN lulus Pengajian Am, ATAU

    2. Lulus DUA mata pelajaran DAN lulus Pengajian Am dengan syarat kedua-dua mata pelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau B dan D atau A dan E, ATAU

    3. Lulus sekurang-kurangnya DUA mata pelajaran atas Gred E dan DUA mata pelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am

    LULUS HIGHER SCHOOL CERTIFICATE (HSC)
    Mendapat Sijil Penuh

    LULUS SIJIL POLITEKNIK
    Mendapat Sijil Penuh

    LULUS SAINS ASASI/MATRIKULASI/'A'LEVEL
    Mendapat Sijil Penuh

    LULUS THANAWIYATA ALIAH-SMTU (Sek. Men. Tinggi Ugama)
    Mendapat Pangkat Mumtaz atau Jayid Jiddan

    Hafaz Al-Quran 15 Juzu' yang pertama dengan surat pengakuan dari lnstitusi berkenaan

    D
    LULUS PENUH SIJIL PELAJARAN MALAYSIA(SPM)
    Sekurang-kurangnya mendapat 3A (P1 atau P2)

    LULUS PENUH SIJIL PELAJARAN VOKASIONAL MALAYSIA
    Sekurang-kurangnya mendapat 3A (P1 atau P2)

    LULUS SYAHADAH THANAWIYAH-SMU (Sek. Men. Ugama)
    Mendapat Pangkat Mumtaz atau Jayid Jiddan

    Hafaz Al-Quran 10 Juzu' yang pertama dengan surat pengakuan dari lnstitusi berkenaan

    E
    LULUS PENILAIAN MENENGAH RENDAH (PMR)
    Sekurang-kurangnya mendapat 4A

    LULUS I'DADI-SMU (Sek. Men. Ugama)
    Mendapat Pangkat Mumtaz atau Jayid Jiddan

    LULUS KELAS KHAS PELAJARAN AGAMA NEGERI JOHOR
    Mendapat Pangkat Satu dengan lulus 10 mata pelajaran dan DUA mata pelajaran asasnya (Quran, Tauhid dan lbadah, mendapat sekurang-kurangnya Gred 3)

    Hafaz Al-Quran 3 Juzu' yang pertama dengan surat pengakuan dari lnstitusi berkenaan

    F
    LULUS PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR)
    Mendapat semuanya A

    Hafaz Al-Quran 1 Juzu' pertama dengan surat pengakuan dari lnstitusi berkenaan

    G
    LULUS PTS
    Lulus PTS dengan pengesahan daripada Guru Besar sekolah berkenaan

  3. Permohonan hendaklah dibuat dengan lengkap di dalam borang BDKP dan diserahkan balik kepada Koperasi sebelum tarikh tutup bersama dengan salinan Sijil Kelahiran ( bagi anak ) dan salinan keputusan/Sijil
    Peperiksaan berkenaan yang telah disahkan oleh Pengetua/Guru Besar/Ketua Pejabat.

  4. Mereka yang layak dan berjaya dipertimbangkan akan dikurniakan Bantuan Derma Kebajikan Pelajaran seperti di bawah ini :-

  5. Kumpulan
    Bantuan Derma

    A
    RM 400.00

    B
    RM 300.00

    C
    RM 150.00

    D
    RM 120.00

    E
    RM 100.00

    F
    RM 80.00

    G
    RM 50.00

  6. Bantuan ini akan dibayar setelah diluluskan oleh Mesyuarat Agung semasa.

3. Hadiah Kebajikan Anggota (Terlama)

  1. Pada tiap-tiap kali Mesyuarat Agung Tahunan seramai sepuluh (10) orang anggota yang terlama yang telah lebih 25 tahun masih menjadi anggota Koperasi ini akan dikurniakan sebanyak tiga ratus nnggit (RM300.00) seorang
    sebagai Hadiah Kebajikan Anggota Terlama.

  2. Mereka yang telah pernah dikurniakan tidak layak diberi lagi.

Diakui ATURAN 4 (WANG KHAIRAT/KEBAJIKAN) ini telah dibentang, dibincang dan diterima di dalam Mesyuarat Agung Khas Koperasi Guru-Guru Johor Berhad pada 17 Disember 1995.