Bahagian 2: Pendaftaran

3. Permohonan pendaftaran

  1. Tiap-tiap permohonan pendaftaran sesuatu koperasi hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pendaftar dalam borang yang ditetapkan dalam Jadual I dan hendaklah ditandatangani menurut
    subseksyen 6(1) Akta.

  2. Tiap-tiap permohonan hendaklah disertakan dengan tiga salinan undang-undang kecil yang dicadangkan bagi koperasi itu dan satu salinan minit mesyuarat agung permulaan yang ditandatangani menurut
    subseksyen 6(2) Akta.

  3. Jika permohonan atau undang-undang kecil yang dikemukakan itu tidak mematuhi Akta atau Peraturan-Peraturan ini, Ketua Pendaftar boleh memulangkannya kepada pemohon dan mengarahkan apa-apa pengubahan yang perlu
    dibuat kepadanya.

  4. Apabila koperasi itu didaftarkan, ketiga-tiga salinan undang-undang kecil koperasi itu hendaklah tandatangani dan dimeteraikan oleh Ketua Pendaftar, yang satu daripadanya hendaklah dikembalikan kepada koperasi
    itu berserta dengan perakuan pendaftaran.

4. Maklumat tambahan sebelum pendaftaran

Bagi maksud peraturan 3, Ketua Pendaftar boleh meminta pemohon memberi maklumat-maklumat tambahan yang berikut:

  1. kepentingan ekonomi bakal anggota bagi penubuhan koperasi yang hendak didaftarkan itu,

  2. dayamaju aktiviti yang hendak dijalankan oleh koperasi itu,

  3. ada tidaknya modal yang mencukupi bagi memulakan operasi operasi itu, dan

  4. ada tidaknya orang yang berkebolehan untuk mengarah dan mengurus hal-ehwal koperasi itu menurut undang-undang kecilnya.