Bahagian 3: Matlamat, Tujuan dan Aktiviti
6. Matlamat
Matlamat Koperasi ini menurut subseksyen 4(1)
Akta ialah untuk meningkatkan kepentingan ekonomi anggota-anggotanya mengikut prinsip-prinsip koperasi
7. Tujuan
Tujuan utama Koperasi ini ialah menjalankan aktiviti kredit
8. Aktiviti-aktiviti
-
Bagi mencapai matlamat yang tersebut di dalam
Undang-undang Kecil 6 amnya dan tujuan yang tersebut di dalam
Undang-undang Kecil 7 khasnya Koperasi bolehlah, tertakluk
kepada Peruntukan Akta dan Peraturan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:-
Memberikan kemudahan pinjaman kepada anggota bagi maksud yang berfeadah.
-
Mengadakan kemudahan untuk membolehkan anggota menyimpan sebahagian daripada pendapatan mereka.
-
Mengadakan skim kemudahan pembiayaan kepada anggota untuk memiliki alat-alat elektrik, perkakas rumah dan lain-lain aset.
-
Menerima simpanan khas daripada anggota-anggota.
-
Menjalankan aktiviti-aktiviti perusahaan dan perdagangan termasuklah fungsi-fungsi pengguna.
-
Menjalankan perkhidmatan kenderaan dan pengangkutan.
-
Membeli, menjual, memindahkan hak milik. mendirikan, menyewa, mencagar, memajak, menggadai dan memiliki harta-harta alih dan harta-harta tak alih.
-
Melaburkan wang berlebihan dalam perkara-perkara yang dibenarkan di bawah seksyen 54 Akta.
-
Mengadakan subsiadari di bawah seksyen 19 Akta dengan kebenaran Ketua Pendaftar, dan
-
Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi-koperasi lain.
-
-
Bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti di bawah fasal (1)
Undang-undang Kecil ini, Koperasi boleh mendapatkan modal dengan cara mengumpul
syer, yuran dan simpanan khas daripada anggota-anggota dan mendapatkan deposit
atau pinjaman-pinjaman daripada anggota-anggota dan bukan anggota tertakluk kepada
peruntukan-peruntukan seksyen 50 Akta. -
Bagi mengendalikan sesuatu aktiviti-aktiviti yang disebutkan didalam
fasal (1) itu, Lembaga hendaklah membuat aturan-aturan
aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh mesyuarat agung dan satu salinannya
dikemukakan kepada Ketua Pendaftar. -
Bagi melaksanakan skim berhubung dengan simpanan khas, atau
pinjaman, menurut peraturan 26 Peraturan,
Lembaga hendaklah --
Menyediakan suratcara berasingan yang menyatakan dengan jelas terma-terma dan syarat-syarat bagi tiap-tiap skim.
-
Mengemukakan suratcara skim itu kepada mesyuarat agung untuk kelulusan, dan
-
Mengemukakan satu salinan suratcara yang diluluskan itu kepada Ketua Pendaftar dalam masa satu bulan selepas diluluskan oleh mesyuarat agung itu.
-
