Bahagian 5: Organisasi dan Pengurusan Koperasi
- 24. Mesyuarat agung
- 25. Mesyuarat agung tahunan
- 26. Mesyuarat agung khas
- 27. Notis mesyuarat agung
- 28. Kuorum mesyuarat agung
- 29. Undi mesyuarat agung
- 30. Tundaan mesyuarat agung
- 31. Perkara-perkara yang diputuskan oleh mesyuarat agung
- 32. Pengerusi mesyuarat agung
- 33. Pengelolaan Koperasi dan pengurusan
- 34. Ketaklayakan menjadi anggota Lembaga
- 35. Tempoh memegang jawatan
- 36. Lucut dan penggantungan jawatan
- 37. Menamatkan perlantikan oleh mesyuarat agung
- 38. Mesyuarat Lembaga
- 39. Kuorum mesyuarat Lembaga
- 40. Urusan mesyuarat Lembaga
- 41. Undi anggota Lembaga
- 42. Buku minit mesyuarat Lembaga
- 43. Kuasa dan kewajipan Lembaga
- 44. Liabiliti anggota Lembaga
- 45. Kewajipan pengerusi
- 46. Kewajipan setausaha
- 47. Kewajipan bendahari
- 48. Jawatankuasa Audit Dalaman
- 49. Ketaklayakan menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman
- 50. Tempoh memegang jawatan
- 51. Kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Audit Dalaman
24. Mesyuarat agung
-
Tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta,
Peraturan dan
Undang-undang Kecil, kuasa tertinggi bagi koperasi ini hendaklah
terletak kepada mesyuarat agung mengikut
seksyen 36 Akta. Di dalam mesyuarat ini, setiap anggota yang layak di bawah
Undang-undang Kecil ini berhak hadir dan mempunyai satu undi. -
Mesyuarat agung hendaklah terbahagi kepada dua jenis iaitu mesyuarat
agung tahunan dan mesyuarat agung khas.
25. Mesyuarat agung tahunan
Mesyuarat agung tahunan menurut seksyen 39
Akta, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya
setiap tahun kewangan.
26. Mesyuarat agung khas
-
Lembaga pada bila-bila masa boleh, dan apabila ada rekuisisi
yang ditandatangani oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu ratus
anggota mengikut mana yang kurang hendaklah, memanggil suatu mesyuarat
agung khas mengikut
subseksyen 40(1) Akta. -
Ketua Pendaftar atau mana-mana orang yang diberikuasa oleh
Ketua Pendaftar menurut subseksyen 40(2)
Akta, boleh memanggil pada bila-bila masa suatu mesyuarat agung khas,
mengikut cara dan pada masa dan di tempat yang diarahkannya, dan boleh
menentukan perkara-perkara yang hendaklah dibincangkan oleh mesyuarat itu,
dan mesyuarat itu hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada
kaedah-kaedah yang sama seperti mesyuarat agung yang dipanggil mengikut
Akta atau Undang-undang Kecil ini.
27. Notis mesyuarat agung
-
Notis bagi sesuatu mesyuarat agung hendaklah diberi kepada
anggota-anggota tidak kurang daripada lima belas hari sebelum diadakan
mesyuarat agung itu. -
Notis hendaklah menentukan tarikh, masa, tempat dan agenda mesyuarat
dan bagi mesyuarat agung tahunan menurut
subseksyen 59 (2) Akta, hendaklah disertakan dengan akaun-akaun dan
kunci kira-kira Koperasi ini dan subsidiari-subsidiarinya, jika ada, yang
teraudit dengan sewajarnya, anggaran belanjawan bagi tahun yang akan datang,
laporan Lembaga dan laporan Jawatankuasa Audit Dalaman dan dokumen-dokumen
lain yang berkaitan. Satu salinan notis hendaklah dipamerkan di pejabat
Koperasi ini dan sebagai tambahan boleh juga diterbitkan di dalam mana-mana
akhbar tempatan. -
Bagi maksud seksyen 41 Akta,
Lembaga hendaklah memberi kepada Ketua Pendaftar notis bertulis yang
mengandungi maklumat tentang tarikh, masa, tempat, dan agenda mesyuarat
agung yang akan diadakan oleh Koperasi tidak kurang daripada tiga puluh
hari sebelum diadakan mesyuarat agung itu.
28. Kuorum mesyuarat agung
-
Tertakluk kepada fasal (2) dan
fasal (3) Undang-undang Kecil ini, kuorum bagi
sesuatu mesyuarat agung bagi apa-apa maksud, hendaklah satu pertiga
daripada jumlah anggota atau sebagaimana yang ditetapkan di bawah
peraturan 13 Peraturan
mengikut mana-mana yang kurang. -
Bagi sesuatu mesyuarat agung khas di bawah
fasal (2) Undang-undang Kecil 26 yang ditunda, apa-apa bilangan anggota
melebihi tiga orang yang hadir hendaklah dikira mencukupi kuorum akan
tetapi keputusan tidak boleh dibuat melainkan dengan kelebihan undi dua
pertiga daripada anggota-anggota yang hadir itu sebagaimana yang
diperuntukan di bawah
subperenggan 13(b)(iii) Peraturan. -
Kuorum bagi mesyuarat agung kerana meminda Undang-undang Kecil
ini menurut subperaturan 6 (1)
Peraturan hendaklah dua pertiga daripada jumlah anggota, melainkan kuorum
terkurang dibenarkan oleh Ketua Pendaftar di bawah
subperaturan 6 (2) Peraturan.
29. Undi mesyuarat agung
Semua perbahasan kecuali yang berkaitan dengan pindaan Undang-undang Kecil
hendaklah diputuskan dengan majoriti undi anggota-anggota yang hadir sebagaimana
di dalam daftar kehadiran. Jika undi sama banyak, maka usul yang undi itu hendaklah
disifatkan kalah. Anggota-anggota yang berkecuali dianggap tidak menyokong usul itu.
Pengerusi mesyuarat tidak mempunyai undi pemutus sebagaimana yang disebutkan di bawah
subseksyen 30 (1) Akta.
30. Tundaan mesyuarat agung
-
Jika selepas tiga puluh minit dari waktu yang ditetapkan bagi sesuatu
mesyuarat itu bilangan anggota yang hadir masih belum mencukupi kuorum, maka
mesyuarat agung itu:--
Jika dipanggil atas permintaan anggota-anggota hendaklah dibatalkan,
atau -
Jika dipanggil dengan kehendak Lembaga atau di bawah
subseksyen 40 (2) Akta,
hendaklah ditunda kepada suatu tarikh lain tidak kurang dari tujuh
hari dan tidak lebih daripada empat belas hari kehadapan dan notis
mengenai penundaannya hendaklah diposkan dalam tempoh empat puluh
lapan jam dari waktu asal yang ditetapkan bagi mesyuarat itu.
-
-
Perkara-perkara yang telah dicadangkan bagi mesyuarat agung yang ditunda
hendaklah dibincangkan pada mesyuarat tertunda ltu. Jika ada apa-apa
perubahan dibuat kepada perkara-perkara yang telah dicadangkan itu, maka
notis menurut fasal(1) Undang-undang Kecil 27
hendaklah diberi kepada tiap-tiap anggota bagi mesyuarat tertunda itu.
31. Perkara-perkara yang diputuskan oleh mesyuarat agung
-
Menurut peraturan 12
Peraturan, Urusan-urusan berikut hendaklah dijalankan oleh mesyuarat agung, iaitu:--
Mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan yang
terdahulu dan mana-mana mesyuarat agung khas yang berselang. -
Menimbangkan laporan-laporan Lembaga dan Jawatankuasa
Audit Dalaman dan pandangan Ketua Pendaftar mengenai akaun-akaun
teraudit dan laporan Lembaga Koperasi ini, (jika pandangan Ketua
Pendaftar yang berkaitan dengannya yang disebutkan di bawah
subperaturan 30 (1)
dan (2) Peraturan dan
perenggan 59 (1) (e) Akta belum
lagi diterima oleh Koperasi, pandangan tersebut hendaklah
dibentangkan di mesyuarat agung tahunan berikutnya). -
Menimbang dan meluluskan akaun-akaun teraudit
Koperasi dan susidiari atau susidiari-susidiarinya, jika ada,
cadangan pembahagian keuntungan dan laporan juruaudit Koperasi ini. -
Memilih anggota-anggota Lembaga dan Jawatankuasa
Audit Dalaman. -
menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi
tahun kewangan yang akan datang. -
Meluluskan elaun-elaun kepada anggota-anggota Lembaga dan
Jawatankuasa Audit Dalaman dan saraan kepada anggota-anggota
Lembaga yang dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari atau
subsidiari-subsidiari Koperasi ini, jika ada. -
Meluluskan suatu panel yang terdiri daripada tidak kurang daripada
dua dan tidak lebih daripada empat firma audit untuk dipilih salah satu
daripadanya bagi mengaudit akaun-akaun Koperasi ini. -
Menimbang dan meluluskan skop dan had pelaburan daripada wang
berlebihan Koperasi ini. -
Menetapkan had maksimum keterhutangan Koperasi ini.
-
Melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam orang
anggota dan empat orang anggota Lembaga termasuk pengerusi untuk
menentusahkan drat minit mesyuarat agung tahunan itu. -
Mengisytihar atau menerbitkan syer-syer bonus.
-
Mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa urusan lain Koperasi
ini yang baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah
diberikan. -
Menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan kepada
Undang-undang Kecil Koperasi ini. -
Mendengar dan memutuskan apa-apa aduan daripada mana-mana
anggota yang terkilan dengan sesuatu keputusan Lembaga, dengan
syarat suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari telah
diberikan kepada koperasi mengenainya. -
Meluluskan apa-apa perbelanjaan bagi perlantikan orang-orang yang
kompeten bagi membantu Jawatankuasa Audit Dalaman, dan -
Menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang hendak dikemukakan
menurut kehendak Akta dan Peraturan.
-
-
Perkara-perkara di dalam perenggan (a),
(b), (c),
(d), dan (e) fasal (1)
Undang-undang Kecil ini hendaklah diputuskan di dalam mesyuarat agung
tahunan. -
Minit bagi sesuatu mesyuarat agung hendaklah dicatatkan di dalam buku
minit mesyuarat yang berkenaan dan satu salinan minit itu hendakla
diserahkan kepada Ketua Pendaftar dalam masa tiga puluh hari selepas tarikh
mesyuarat agung itu, menurut
perenggan 14(b) Akta.
32. Pengerusi mesyuarat agung
-
Seorang anggota yang dipilih oleh majlis mesyuarat hendaklah
mempengerusikan mesyuarat agung itu. -
Pengerusi dengan persetujuan mesyuarat bolehlah dan, jika dikehendaki
demikian oleh mesyuarat itu, hendaklah menangguhkan mesyuarat agung itu
dari satu masa ke satu masa yang lain dan dari satu tempat ke satu tempat
yang lain dalam kawasan operasi Koperasi tetapi mesyuarat yang ditangguhkan
itu tidak boleh menjalankan apa-apa urusan lain selain daripada urusan
mesyuarat yang asal. Notis tidaklah perlu bagi mesyuarat yang ditangguhkan itu.
33. Pengelolaan Koperasi dan pengurusan
Pengelolaan hal-ehwal Koperasi ini menurut
perenggan 42(a) Akta, hendaklah terserah kepada satu Lembaga yang mengandungi
sembilan orang yang terdiri daripada anggota-anggota yang dipilih oleh mesyuarat
agung menurut perenggan (d) fasal (1) Undang-undang Kecil 31
dan Undang-undang Kecil 35.
34. Ketaklayakan menjadi anggota Lembaga
Seseorang anggota tidak layak untuk dipilih menjadi anggota Lembaga
Ketaklayakan menurut seksyen 43 Akta,
jika dia:-
-
Telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta, atau
-
Telah dipecat sebagai pekerja sesuatu koperasi berdaftar.
-
Telah dilantik sebagai anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi Koperasi
ini, atau -
Ada kepentingan diri dalam mana-mana aktiviti yang diusahakan oleh
Koperasi ini, atau -
Selepas dua tahun Koperasi didaftarkan, belum genap tempoh dua tahun
menjadi anggota Koperasi ini.
35. Tempoh memegang jawatan
-
Satu pertiga daripada bilangan anggota Lembaga yang dipilih
di bawah Undang-undang Kecil 33 hendaklah menurut
peraturan 16 Peraturan,
mengosongkan jawatan mereka secara bergilir-gilir pada tiap-tiap mesyuarat
agung tahunan. Mana-mana anggota yang mengosongkan jawatannya di bawah
Undang-undang Kecil ini boleh dilantik semula. -
Mana-mana kekosongan dalam Lembaga hendaklah dalam tempoh enam
puluh hari dari hari berlakunya kekosongan itu diisi oleh Lembaga dengan
melantik mana-mana anggota yang berkelayakan menurut
Undang-undang Kecil 34. Anggota yang dilantik demikian hendaklah
berkhidmat sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang.
36. Lucut dan penggantungan jawatan
-
Seseorang anggota Lembaga akan lucut jawatannya dengan serta-merta jika dia:-
-
Disabitkan atas kesalahan boleh daftar atau kesalahan di bawah Akta
atau Peraturan, atau -
Menerima apa-apa perlantikan tetap yang bergaji dalam Koperasi ini, atau
-
Tidak hadir di dalam mesyuarat tiga kali berturut-turut, melainkan
dengan sebab-sebab yang boleh diterima oleh Lembaga yang telah
dimaklumkan terlebih dahulu, atau -
Hilang kelayakan sebagai anggota menurut
Undang-undang Kecil 19. -
Menurut
subseksyen 47(1) Akta, seseorang anggota Lembaga hendaklah digantung
dari jawatannya jika:- -
Sesuatu langkah perbicaraan diambil terhadap anggota itu mengenai
sesuatu kesalahan boleh daftar atau sesuatu kesalahan di bawah Akta
atau Peraturan, atau -
Majoriti anggota-anggota Lembaga berpuas hati bahawa
anggota itu telah bertindak dengan cara yang memudaratkan
kepentingan Koperasi ini menurut subperaturan 20(1) Peraturan. -
Tiap-tiap kes penggantungan di bawah perenggan (b) fasal
(2) Undang-undang Kecil ini, hendaklah didengar oleh mesyuarat agung
yang terawal diadakan selepas penggantungan itu dan anggota yang digantung
jawatannya oleh Lembaga itu diberi kesempatan untuk memberi penjelasannya
menurut subperaturan 20(4),
dan hendaklah tertakluk kepada pengesahan atau pengetepian oleh majoriti
anggota-anggota yang hadir di dalam mesyuarat agung itu menurut
subperaturan 20(3) Peraturan. -
Anggota yang dilucutkan atau digantung jawatannya hendaklah dengan
serta-merta diberitahu secara bertulis dan, menurut
subperaturan 20(2)
Peraturan, hendaklah dengan segera berhenti daripada menjalankan segala hak
dalam pengurusan atau pentadbiran hal-ehwal Koperasi ini.
37. Menamatkan perlantikan oleh mesyuarat agung
-
Walau apa pun peruntukan fasal (1) Undang-undang Kecil 35,
mesyuarat agung hendakiah mempunyai kuasa menurut
subperaturan 16(2)
Peraturan, untuk menamatkan perlantikan mana-mana anggota Lembaga yang
dipilih di bawah Undang-undang Kecil 33 daripada
jawatannya pada bila-bila masa dan memilih gantinya atau menamatkan
perlantikan kesemua anggota Lembaga itu dan memilih anggota-anggota
Lembaga yang baru dengan syarat bahawa usul secara bertulis untuk
menamatkan perlantikan anggota Lembaga itu hendaklah disampaikan kepada
Koperasi sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum mesyuarat agung itu diadakan. -
Keputusan untuk menamatkan perlantikan seseorang atau kesemua anggota
Lembaga hanya boleh dibuat selepas mesyuarat agung itu mendengar penjelasan
anggota atau anggota-anggota yang terlibat. -
Anggota yang ditamatkan perlantikannya di bawah Undang-undang Kecil ini
tidak boleh dilantik semula sehingga mesyuarat agung tahunan yang akan datang.
38. Mesyuarat Lembaga
-
Mesyuarat Lembaga yang pertama selepas mesyuarat agung tahunan
hendaklah diadakan sebaik sahaja selesai mesyuarat agung itu. -
Mesyuarat Lembaga yang berikutnya hendaklah diadakan sekurang-kurangnya
sekali dalam tempoh dua bulan. -
Mesyuarat Lembaga hendaklah juga diadakan sekiranya Ketua Pendaftar
mengeluarkan arahan atau jika lima orang anggota Lembaga membuat permintaan
dengan bertulis menyatakan perkara-perkara yang hendak dibincangkan.
39. Kuorum mesyuarat Lembaga
Kuorum bagi mesyuarat Lembaga hendaklah lima orang.
40. Urusan mesyuarat Lembaga
Urusan-urusan mesyuarat Lembaga hendaklah termasuk:-
-
Mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
-
Membincangkan perkara-perkara berbangkit.
-
Mengkaji, menbincang, menimbang dan, di mana berkenaan, memutuskan
perkara-perkara berikut:--
Keputusan-keputusan mesyuarat agung dan menentukan tindakan-tindakan.
-
Laporan jawatankuasa Audit Dalaman.
-
Laporan pengurusan termasuk pengurusan buku-buku.
-
Permohonan menjadi anggota Koperasi.
-
Permohonan berhenti daripada menjadi anggota Koperasi.
-
Permohonan pinjaman daripada anggota-anggota.
-
Permohonan menambah atau mengurangkan ansuran pinjaman.
-
Permohonan menambah atau mengurangkan caruman yuran atau syer.
-
-
Membentang dan meluluskan akaun kewangan bulanan.
-
Mengkaji projek-projek Koperasi yang lama dan yang sedang dilaksanakan.
-
Mengkaji, membincang dan memutuskan cadangan projek-projek baru.
-
Mengkaji, dan membincangkan:-
-
Perkara-perkara perjawatan.
-
Program latihan pekerja.
-
Program pendidikan anggota-anggota, dan
-
-
Menjalankan apa-apa urusan lain yang baginya notis tidak kurang
daripada tujuh hari telah diberikan.
41. Undi anggota Lembaga
-
Semua usul dan cadangan hendaklah diputuskan dengan majoriti mudah undi
anggota-anggota Lembaga yang hadir. Jika undi sama banyak, maka usul
atau cadangan yang diundi itu hendaklah disifatkan kalah atau gugur. -
Seseorang anggota Lembaga tidak mengundi dalam mana-mana perkara mengenai
dirinya sendiri atau perkara yang di dalamnya ia ada kepentingan
peribadi. Seseorang anggota Lembaga yang ada kepentingan peribadi dalam
apa-apa perkara yang akan dipertimbangkan oleh mesyuarat hendaklah
mengisytiharkan sepenuhnya kepada Lembaga mengenai penglibatan atau
kepentingan dirinya dalam perkara itu.
42. Buku minit mesyuarat Lembaga
-
Segala keputusan mesyuarat Lembaga hendaklah dalam tempoh tujuh hari
dicatatkan dalam buku minit mesyuarat yang berkenaan dan ditandatangani
oleh setiausaha mesyuarat itu dan hendaklah dalam tempoh empat belas har
dikelilingkan kepada anggota-anggota Lembaga. Minit-minit itu setelah
disahkan dalam mesyuarat yang berikutnya hendaklah ditandatangani pula
oleh pengerusi mesyuarat tu. -
Minit bagi sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah diserahkan kepada Ketua
Pendaftar tidak Iewat daripada tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat itu,
menurut perenggan 14(b) Akta.
43. Kuasa dan kewajipan Lembaga
-
Menurut seksyen 44 Akta, Lembaga
pada umumnya adalah bertanggungjawab untuk memastikan pentadbiran serta
pengurusan Koperasi dikendalikan dengan teratur. -
Bagi melaksanakan tanggungjawab di bawah fasal (1) itu Lembaga hendaklah
mempunyai kuasa-kuasa dan kewajipan-kewajipan yang berikut:--
Melantik di antara anggota-anggotanya di dalam mesyuarat Lembaga
yang diadakan di bawah fasal (1) Undang-undang
Kecil 38, seorang pengerusi, seorang setiausaha dan seorang
bendahari. -
Mengemukakan kepada Ketua Pendaftar suatu senarai anggota Lembaga
yang mengandungi butir-butir seperti nama, alamat kediaman, nombor
kad pengenalan, tarikh keanggotaan dan pekerjaan mengikut
perenggan 14(a) Akta,
dan memberitahu Ketua Pendaftar apa-apa perubahan tentang
butir-butir berkenaan secara bertulis dalam tempoh empat belas hari
dari tarikh berlakunya perubahan tersebut. -
Menerima masuk anggota-anggota baru.
-
Meluluskan dan mengesahkan pemindahan dan penebusan syer-syer.
-
Jika perlu, melantik seorang pegawai yang bergaji tetap atau sebuah
firma bagi menjalankan sebahagian daripada kewajipan setiausaha,
disyaratkan pegawai yang dilantik itu tidak boleh menjadi anggota
Lembaga. -
Menyenggara dengan benar dan betul semua akaun bagi semua wang yang
diterima dan yang dibelanjakan atas nama Koperasi. -
Menyenggara dengan betulnya semua akaun berkenaan dengan aset-aset
dan liabiliti-liabiliti Koperasi. -
Membenarkan perbelanjaan-perbelanjaan dan menyemak serta mengawasi
supaya semua akaun, buku daftar dan dokumen Koperasi yang
disenggarakan itu diuruskan dengan sempurna dan dikemaskinikan. -
Membentangkan kepada mesyuarat agung tahunan akaun perdagangan,
akaun untung rugi, penyata sumber-sumber dan penggunaan wang serta
kunci kira-kira, laporan Lembaga berkenaan dengan kedudukan
hal-ehwal Koperasi serta subsidiari atau subsidiari-subsidiarinya
yang telah dikemukakan untuk pandangan Ketua Pendaftar serta
laporan juruaudit. -
Membuat perakuan kepada mesyuarat agung tahunan mengenai
pembahagian keuntungan atau pengisytiharan syer bonus Koperasi. -
Menimbangkan penyata-penyata dan surat-surat arahan Ketua Pendaftar
atau wakilnya dan mengambil tindakan-tindakan yang sewajarnya ke atasnya. -
Memenuhkan jawatan-jawatan kosong yang berlaku di dalam Lembaga,
menggantung keanggotaan anggota-anggota dan anggota Lembaga serta
melucutkan jawatan-jawatan anggota Lembaga. -
Memanggil mesyuarat-mesyuarat agung mengikut Undang-undang Kecil.
-
Membuat perjanjian bagi mendapatkan pinjaman-pinjaman tertakluk
kepada kelulusan mesyuarat agung. -
Dengan mengeluarkan surat-surat rasmi, melantik, menggantung,
membuang kerja, menetapkan kewajipan pekerja-pekerja termasuk
pengurus, menetapkan gaji dan bayaran-bayaran lain bagi mereka
dan mendapatkan jaminan yang cukup bagi kesempurnaan menjalankan
kewajipan mereka. -
Bertindak atas nama dan bagi pihak Koperasi bagi menyelesaikan
segala pertikaian mengenai urusan Koperasi ini atau menerusi
seseorang yang dilantik secara bertulis menjalankan atau
memberhentikan mana-mana tindakan mahkamah. -
Melabur wang berlebihan menurut keputusan mesyuarat agung dan
tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan. -
Mengkaji dan merancangkan projek-projek yang difikirkan akan
memberi manfaat kepada anggota-anggota dan melaksanakan
projek-projek itu mengikut keputusan mesyuarat agung di mana perlu. -
Menjalankan rancangan-rancangan atau projek-projek Koperasi dan
mempelawa anggota-anggota Koperasi ini mengambil bahagian dengan
menyumbangkan modal tambahan atau simpanan khas sebagaimana yang
dipersetujui. -
Mengikat perjanjian atau memberi indemniti bagi pihak Koperasi yang
mana hendaklah dimeterai dengan mohor Koperasi dan ditandatangani
oleh pengerusi, setiausaha dan bendahari atau seperti yang
ditetapkan oleh Lembaga. -
Melantik di antara anggota-anggotanya bagi menghadiri mesyuarat
mana-mana koperasi yang Koperasi ini menjadi anggotanya. -
Menubuhkan apa-apa jawatankuasa jika perlu, bagi menjalankan dengan
sempurnanya mana-mana aktiviti Koperasi dan mewakilkan kuasa
kepadanya dari semasa ke semasa mengikut keputusan Lembaga. -
Membuat aturan aktiviti-aktiviti dari semasa ke semasa bagi
kesempurnaan perlaksanaan apa-apa aktiviti Koperasi dengan
kelulusan mesyuarat agung dan mengemukakan satu salinannya kepada
Ketua Pendaftar. -
Mencadangkan dengan secara dibutirkan satu persatu kepada mesyuarat
agung elaun-elaun kepada anggota-anggota Lembaga dan Jawatankuasa
Audit Dalaman dan saraan kepada anggota-anggota Lembaga yang
dilantik sebagai pengarah bagi subsudiari atau subsudiari-subsidiari
Koperasi, jika ada, dan -
Melaksanakan kewajipan-kewajipan lain yang perlu sebagaimana yang
ditentukan di dalam Akta, Peraturan, Undang-undang Kecil dan
mesyuarat agung.
-
44. Liabiliti anggota Lembaga
Menurut seksyen 45 Akta, Lembaga
hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli-ahli perniagaan yang biasa dan
hendaklah bertanggungan secara bersesama dan bersaingan bagi apa-apa kerugian yang
ditanggung oleh Koperasi oleh sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun
sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan
peruntukan-peruntukan Akta, Peraturan, Undang-undang Kecil ini serta aturan-aturan
aktiviti yang dibuat di bawahnya atau arahan mesyuarat agungnya.
45. Kewajipan pengerusi
Pengerusi hendaklah menjalankan kewajipan-kewajipan yang berikut:-
-
Mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga.
-
menandatangani minit mesyuarat yang disahkan dan memperakui bersama
setiausaha melalui satu akuan yang ditarikhkan dan ditandatangani,
cabutan-cabutan dan salinan-salinan dari rekod-rekod Koperasi menurut
peraturan 9 Peraturan. -
Memanggil sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat-mesyuarat Lembaga
bila-bila perlu. -
Mengarahkan Jawatankuasa Audit Dalaman supaya mengaudit akaun koperasi
pada bila-bila masa dan melaporkan kepadanya. -
Menandatangani bersama dua anggota Lembaga permohonan bagi didaftarkan
pindaan kepada Undang-undang Kecil dan dokumen-dokumen lain yang
berkaitan, dan -
Menyelia secara am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja Koperasi ini.
46. Kewajipan setausaha
-
Setiausaha hendaklah menjalankan kewajipan yang berikut:-
-
Memanggil dan menghadiri mesyuarat agung,
mesyuarat-mesyuarat Lembaga dan mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa dan
menyampaikan segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan
mesyuarat-mesyuarat itu. -
Merekodkan perjalanan dan meminitkan keputusan sesuatu
mesyuarat. -
Menyenggarakan dengan betul dan mengemaskinikan semua
daftar anggota, daftar penama, buku-buku dan laporan-laporan yang
dikehendaki oleh Lembaga. -
Menjalankan kerja-kerja surat-menyurat sebagaimana
yang diarahkan oleh Lembaga. -
Mengesahkan bersama pengerusi salinan-salinan segala
perkara yang bertulis di dalam buku-buku Koperasi. -
Menyimpan dan menjaga dengan selamat mohor Koperasi,
dan -
Menjalankan apa-apa tugas lain yang ditentukan oleh
Lembaga ke atasnya dari semasa ke semasa.
-
-
Kewajipan setiausaha di bawah fasal (1), kecuali yang
dinyatakan di perenggan-perenggan (a),
(b), (e) dan
(f) Undang-undang Kecil ini, bolehlah diwakilkan
kepada pengurus jika seorang pengurus telah dilantik.
47. Kewajipan bendahari
-
Bendahari hendaklah menjalankan kewajipan-kewajipan berikut:-
-
Mengendalikan segala urusan perdagangan dan perindustrian Koperasi
mengikut dasar yang di tetapkan oleh Lembaga. -
Mengawasi kecekapan, tatatertib dan dayausaha semua pegawai dan
pekerja Koperasi dalam menunaikan tugas-tugas dan tanggungjawab
mereka. -
Menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh Koperasi dan
membuat pembayaran mengikut arahan-arahan Lembaga. -
Menyimpan ke dalam bank atas nama Koperasi semua wang yang diterima
dalam masa dua puluh empat jam daripada penerimaannya. -
Mengeluarkan resit-resit, menyediakan baucar-baucar dan surat-surat
lain mengikut arahan-arahan Lembaga. -
Menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak yang diluluskan
oleh Lembaga untuk memenuhi perbelanjaan runcit dan perbelanjaan
yang dibuat daripada akaun ini boleh diganti seberapa kerap perlu. -
Menyenggara dan menyimpan akaun-akaun Koperasi dan menyediakan
segala-galanya dengan sempurna dan kemaskini supaya dapat diperiksa
pada bila-bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan. -
Menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan Koperasi untuk
dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga. -
Menyediakan anggaran belanjawan tahunan Koperasi dalam bentuk yang
menunjukkan dengan jelas segala butiran pendapatan dan perbelanjaan
untuk ditimbang oleh Lembaga sebelum dibentangkan kepada mesyuarat
agung tahunan, dan -
Menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan Koperasi yang benar
dengan secara dibutirkan satu persatu bagi sesuatu tempoh sebagaimana
yang dikehendaki oleh Lembaga untuk dibandingkan dengan anggaran
bagi tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat agung.
-
-
Mana-mana satu atau lebih daripada kewajipan-kewajipan bendahari itu
bolehlah, tertakluk kepada persetujuan Lembaga, diamanahkan kepada
seseorang pengurus sekiranya seorang pengurus dilantik oleh Koperasi.
48. Jawatankuasa Audit Dalaman
Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi ini menurut
perenggan 42 (b) Akta hendaklah mengandungi tiga orang, terdiri daripada
anggota-anggota yang dipilih oleh mesyuarat agung tahunan menurut
perenggan (d) fasal (1) Undang-undang Kecil 31.
49. Ketaklayakan menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman
Seseorang anggota tidak layak untuk dipilih menjadi anggota Jawatankuasa Audit
Dalaman menurut seksyen 43 Akta,
jika di:-
-
Telah disabitkan atas suatu kesalahan dibawah Akta, atau
-
Telah dipecat sebagai pekerja mana-mana Koperasi, atau
-
Telah menjadi anggota Lembaga Koperasi ini.
50. Tempoh memegang jawatan
-
Semua anggota jawatankuasa Audit Dalaman ini hendaklah berhenti pada
tiap-tiap mesyuarat agung tahunan. -
Kekosongan dalam Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah jawatan dalam tempoh
enam puluh hari dari tarikh pengosongan jawatan diisi oleh Jawatankuasa ini
dengan melantik mana-mana anggota yang layak.
51. Kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Audit Dalaman
-
Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah mempunyai kuasa yang diberi di bawah
seksyen 49 Akta, untuk memeriksa
segala rekod perakaunan dan rekod lain yang berhubung secara langsung atau
tidak langsung dengan Koperasi ini dan subsudiari atau Audit
subsidiari-subsidiarinya bagi memastikan hai-ehwal Koperasi Dalaman
dijalankan mengikut matlamat penubuhan, Undang-undang Kecil serta keputusan
mesyuarat agung. -
Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah:-
-
Memastikan adanya kuasa dan kesahan bagi segala perbelanjaan.
-
Memeriksa akuan-akuan Koperasi atau melantik orang-orang yang
kompeten untuk memeriksa akuan-akuan pada lat-lat masa yang tetap
yang tidak boleh kurang daripada sekali dalam tempoh tiga bulan. -
Memberitahu Lembaga apa-apa ketakselarasan yang berlaku dalam
pengurusan Koperasi ini dengan serta-merta. -
Mengemukakan kepada mesyuarat agung tahunan, laporan mengenai
pengurusan dan hal-ehwal Koperasi ini termasuk perlanggaran terhadap
Akta atau Peraturan atau Undang-undang Kecil. -
Pada setiap masa, mempunyai akses kepada segala buku, akuan dan
dokumen Koperasi ini dan mana-mana orang yang dikehendakinya supaya
mengemukakan apa-apa maklumat atau buku-buku, akaun-akaun,
dokumen-dokumen sedemikian hendaklah mematuhi kehendak itu.
-
-
Segala kos dan perbelanjaan yang dilakukan oleh Jawatankuasa ini dalam
menjalankan tugas-tugas, fungsi-fungsi serta tanggungjawabnya hendaklah
ditanggung oleh Koperasi. -
Jawatankuasa Audit Dalaman menurut
subperaturan 32(2) Peraturan hendaklah bersidang dan membuat syornya kepada
Lembaga tidak kurang daripada dua kali tiap-tiap tahun dan laporan-laporan hendaklah
dikemukakan kepada Ketua Pendaftar.
