Bahagian 8: Pelbagai
- 71. Akaun bank
- 72. Mohor Koperasi
- 73. Pertukaran alamat anggota
- 74. Penyediaan dokumen untuk diperiksa
- 75. Penyerahan tugas
- 76. Laporan oleh seseorang yang dilantik mewakili Koperasi
- 77. Perlantikan Yang Dipertua
- 78. Pertikaian
- 79. Pembubaran
- 80. Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil
- 81. Undang-undang Kecil hendaklah mengikat anggota
71. Akaun bank
Akaun bank bagi Koperasi ini hendaklah diuruskan bersama oleh pengerusi, bendahari
dan setiausaha, atau pegawai yang diberikuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
72. Mohor Koperasi
-
Koperasi ini hendaklah ada satu mohor. Mohor ini tidak boleh dimeteraikan
di atas mana-mana surat melainkan dengan keputusan Lembaga. Pengerusi,
setiausaha dan bendahari atau pegawai-pegawai lain yang diberikuasa oleh
Lembaga dikehendaki menurunkan tandatangan mereka di atas tiap-tiap surat
yang hendak dimeteraikan. -
Dokumen-dokumen yang diperbuat atas nama Koperasi sama ada dimeteraikan
atau tidak ditandatangani dengan sahnya oleh pengerusi, setiausaha dan
bendahari, atau pegawai-pegawai lain yang diberikuasa oleh Lembaga hendaklah
disifatkan mengikat ke atas Koperasi sehingga sebaliknya dibuktikan.
73. Pertukaran alamat anggota
Tiap-tiap anggota hendaklah memberitahu setiausaha akan segala pertukaran alamatnya.
Semua surat kepada anggota yang dihantar dengan pos atau dikirimkan kepada alamatnya
yang terakhir hendaklah dianggap sebagai telah disampaikan.
74. Penyediaan dokumen untuk diperiksa
Bagi maksud seksyen 13 Akta, setiausaha
hendaklah menyediakan:-
-
Satu salinan Akta dan Peraturan.
-
Satu salinan Undang-undang Kecil ini dan jika ada aturan-aturan aktiviti.
-
Akaun teraudit Koperasi yang terakhir, dan
-
Satu senarai lengkap anggota Koperasi ini.
Yang terbuka untuk diperiksa oleh anggota-anggota Koperasi ini sahaja tanpa apa-apa
bayaran, pada masa yang munasabah di alamat berdaftar Koperasi ini.
75. Penyerahan tugas
Penyerahan tugas secara rasmi hendaklah dilakukan apabila berlaku pertukaran bagi
apa-apa jawatan dalam Koperasi ini. Penyerahan tersebut hendaklah disempurnakan
dalam tempoh tidak lewat daripada empat belas hari selepas berkuatkuasa pertukaran
itu.
76. Laporan oleh seseorang yang dilantik mewakili Koperasi
-
Seseorang yang dilantik untuk mewakili Koperasi ini dalam apa-apa mesyuarat,
seminar, forum atau lawatan sambil belajar atas perbelanjaan Koperasi ini sama ada di dalam atau di luar negeri
mengikut peraturan 46 Peraturan, hendaklah mengemukakan laporan ringkas kepada mesyuarat agung tahunan yang akan datang yang terawal diadakan bagi Koperasi ini. -
Jika orang itu gagal mengemukakan laporan, dia hendaklah membayar balik semua perbelanjaan yang telah ditanggung oleh Koperasi ini. Koperasi berhak mendapatkan balik setiap perbelanjaan tersebut
seolah-olah ianya suatu hutang yang kena dibayar kepada Koperasi ini.
77. Perlantikan Yang Dipertua
Lembaga bolehlah melantik orang kenamaan sebagai Yang Dipertua dan Timbalan Yang Dipertua kepada Koperasi ini. Mereka hanya bertindak sebagai penaung dan boleh menghadiri mana-mana mesyuarat yang diadakan
oleh Koperasi ini tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi.
78. Pertikaian
-
Segala pertikaian seperti yang disebutkan di bawah subseksyen 82(1) Akta yang menyentuh hal penubuhan, Undang-undang Kecil, pemilihan pegawai-pegawai, perjalanan
mesyuarat-mesyuarat agung, pengurusan atau perniagaan Koperasi ini hendaklah dirujukkan kepada Ketua Pendaftar atau tribunat menurut tatacara di bawah peraturan 33 Peraturan. -
Mana-mana anggota yang dibuktikan telah membuat pengaduan atau merujukkan pertikaiannya kepada mana-mana orang selain daripada Ketua Pendaftar atau tribunal hendaklah dianggap telah bertindak dengan cara
yang memudaratkan kepentingan Koperasi ini dan bolehlah dikenakan tindakan menurut Undang-undang Kecil 22. -
Segala pertikaian selain daripada yang dinyatakan dalam subseksyen 82(1) Akta hendaklah dirujuk kepada mesyuarat agung Koperasi ini untuk penyelesaian. Apa-apa persoalan
tentang sama ada pertikaian tersebut termasuk dalam maksud subseksyen 82(1) Akta hendaklah diputuskan oleh Ketua Pendaftar dan keputusannya adalah muktamad.
79. Pembubaran
Koperasi ini boleh dibubarkan hanya dengan perintah Ketua Pendaftar.
80. Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil
-
Undang-undang Kecil ini adalah dibuat mengikut peraturan 5 Peraturan dan hendaklah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan Akta dan Peraturan. Apa-apa pindaan kepada
Undang-undang Kecil ini tidak boleh dibuat melainkan dengan kehendak atau kebenaran Ketua Pendaftar. -
Apa-apa urusan Koperasi ini hendaklah tertakluk kepada Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil serta aturan-aturan aktiviti, yang hendaklah dibaca bersekali.
81. Undang-undang Kecil hendaklah mengikat anggota
Undang-undang Kecil ini menurut seksyen 17 Akta hendaklah mengikat Koperasi ini dan anggota-anggotanya sehingga takat yang sama seolah-olah Undang-undang Kecil ini telah ditandatangani oieh tiap-tiap anggota dan
mengandungi waad pada setiap anggota bagi dirinya sendiri dan bagi penggantinya untuk mematuhi segala peruntukan Undang-undang Kecil ini.
